Jika anda terkesan dengan Pandemik Covid-19, jika anda hilang punca pendapatan untuk menyara keluara
Pendaftaran bermula 1 Disember 2020
Sebuah inisiatif dari Multiracial Reverted Muslims (MRM), sebuah NGO Islam di Malaysia.
Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas tanpa mengira Bangsa, Agama atau latar belakang pendidikan. Namun, keutamaan akan diberikan kepada pencari nafkah tunggal yang kehilangan kerja atau sumber pendapatan.
Program ini akan berlangsung selama 6 bulan.
Para peserta yang terpilih berpeluang menjana pendapatan bulanan sehingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada usaha dan pematuhan kepada rancangan program yang diatur pihak penganjur. Selain itu, peserta juga dibekalkan dengan sumbangan khas dari MyKampung Fresh Mart berupa barang-barang keperluan dapur bernilai RM300 sebulan bagi tempoh 6 bulan.
Program NadiWilayah akan menyediakan suatu model perniagaan berkaitan industri makanan yang mampan bagi membolehkan golongan sasaran (peserta) memulakan perniagaan sendiri bagi menampung keperluan keluarga masing-masing. Peserta yang terpilih akan dilatih untuk menyertai program asas keusahawanan, asas kewangan perniagaan, pengurusan sumber & kualiti, pemasaran serta teknik jualan berkesan bagi memastikan mereka mampu bergerak sendiri pada masa hadapan.
Ya. Pihak penganjur akan memberikan Modal Permulaan (Capex) termasuk penyediaan barang-barang asas keperluan niaga, antaranya kiosk jualan yang merangkumi kanopi, meja, bekas makanan, baju, apron dan kain rentang.
Disamping itu juga, penganjur akan mengeluarkan Modal Kerja Awalan (Initial Working capital) bagi membolehkan peserta membeli produk makanan dari vendor-vendor terlibat dengan harga yang menarik bagi memastikan keuntungan stabil kepada peserta untuk setiap jualan sehinggalah peserta boleh mengeluarkan modal sendiri melalui keuntungan yang telah dijana
Pihak penganjur ingin memaklumkan bahawa hanya satu permohonan bagi setiap isi-rumah dibenarkan bagi program ini. Ianya bertujuan memberi peluang kepada lain-lain peserta untuk turut menyertai program yang disediakan. Namun, peserta terpilih boleh memohon kepada pihak penganjur untuk membenarkan isteri atau pasangan untuk membantu peserta dalam urusan perniagaannya.
Program NadiWilayah akan menyediakan suatu model perniagaan berkaitan industri makanan yang mampan bagi membolehkan golongan sasaran (peserta) memulakan perniagaan sendiri bagi menampung keperluan keluarga masing-masing. Peserta yang terpilih akan dilatih untuk menyertai program asas keusahawanan, asas kewangan perniagaan, pengurusan sumber & kualiti, pemasaran serta teknik jualan berkesan bagi memastikan mereka mampu bergerak sendiri pada masa hadapan.
Peserta yang menunjukkan tahap disiplin dan komitment yang tinggi sepanjang projek NadiWilayah akan diberikan sokongan selepas berakhirnya projek ini.
Semua rakyat Malaysia boleh mendaftar tetapi program ini hanya menyediakan kawasan perniagaan (kiosk) yang terhad kepada kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja (kawasan perniagaan).
Jikalau pemohon dari luar Wilayah Persekutuan & Selangor terpilih, segala kos pengangkutan dan penginapan sepanjang projek adalah di bawah tanggungan peserta.